RENUNGKAN

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Sunday, October 23, 2011

BULAN BAHASA MELAYU 2011



SK Dato ' Bandar Rasah telah melancarkan Bulan Bahasa Melayu pada 4 Oktober 2011. Pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menjayakan Bulan Bahasa Melayu tahun ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Berpantun , Pertandingan Bercerita ,Pertandingan Deklamasi Sajak dan Pertandingan Pidato.
Aktiviti - aktiviti ini dijayakan oleh peserta- peserta yang terdiri daripada murid - murid tahap 1 dan murid - murid tahap 2.Terima kasih kepada semua yang menjayakan Bulan Bahasa Melayu 2011.

Wednesday, May 25, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Ucapan sempena Hari Guru 2011

Ikrar Guru & Nyanyian Lagu Tema Hari Guru

Persembahan guru-guru

Majlis menanam pokok

Sukan dan persembahan

Persembahan murid-murid

Wednesday, April 13, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG Kali Ke 38, 2011/2012

Ucapan Tuan Guru Besar, Yang Dipertua PIBG En.Abdul Khalik bin Parman dan dirasmikan oleh En. Jamil bin Sidek, Penyelia Kanan Unit Pembangunan dan Bekalan PPD Seremban.


Terima kasih kepada semua pihak yang hadir pada mesyuarat PIBG kali ini.

Friday, March 4, 2011

CERAMAH ANTI DENGGI

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Program ini adalah bertujuan untuk menghayati sirah perjuangan Nabi MUhammad SAW dalam menyebarkan dakwah Islamiah dan mengamalkan segala ajaran dan sunnahnya.

Sunday, February 13, 2011

MAJLIS CURAHAN KASIH DAN TAKLIMAT IBUBAPA MURID TAHUN 6/2011





Majlis ini berlangsung pada 12 Februari 2011 bermula jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Maklis turut dihadiri oleh YDP PIBG SK Dato' Bandar Rasah dan para ibubapa murid tahun 6. Penceramah terdiri daripada Encik Baharin bin Sabar, Ketua Unit Hal Ehwal Murid JPNS dan Encik Mohd Salim bin Puteh, Penolong Pegawai Khas, Pendidikan Pencegahan Dadah, juga dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.

MAJLIS PELANCARAN MENTOR-MENTEE


Majlis pelancaran mentor-mentee telah diadakan pada 11 Februari 2011. Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar SK Dato' Bandar Rasah. Program mentor-mentee diwujudkan antara guru-guru dan murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR.

- 03 JANUARI 2011 -


Suasana hari pertama persekolahan 2011. Seperti biasanya, ibu bapa ramai yang datang dan menunggu anak masing-masing. Lebih-lebih lagi bagi anak-anak yang berada di tahun 1.