RENUNGKAN

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA & BACAAN YASSIN TAHUN 6


Majlis berbuka puasa dan bacaan Yassin telah diadakan pada hari jumaat, 27 Ogos 2010. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah, ibubapa dan murid-murid dari tahun 6. Disamping itu, majlis bacaan Yassin dan solat hajat diadakan sempena murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Solat sunat terawih turut diadakan dan diimamkan oleh Ustaz Apandi bin Mohd Nor, guru j-Qaf Bahasa Arab dan mantan Imam Masjid Desaru, Sikamat, N.Sembilan. Ustaz Apandi juga turut menyampaikan tazkirah kepada hadirin yang ada sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

CERAMAH KESIHATAN & DENGGI




Ceramah kesihatan dan denggi telah diadakan pada 26 Ogos 2010. Ceramah diadakan selama 2 jam disampaikan oleh Tuan Haji Muslal bin Rakiman merupakan seorang pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan daerah Seremban. Ceramah ini bertujuan memupuk pelajar agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan kebersihan sekeliling dalam usaha untuk membanteras penyakit denggi. Pelajar ditekankan mengenai tanda dan gejala denggi, rawatan denggi, pencegahan denggi, mengenal pasti demam denggi dan bagaimana demam denggi berjangkit.

CERAMAH GEJALA SOSIAL


Ceramah gejala sosial telah diadakan pada 16 Ogos 2010 bertempat di dewan SKDBR. Disampaikan oleh Pn. Elizabeth Chong yang merupakan jurulatih seksualiti kebangsaan. Peserta ceramah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. Sepanjang ceramah ini, pelajar ditekankan berkaitan maksud gejala sosial, jenis-jenis gejala sosial, faktor berlakunya gejala sosial dan cara mengatasi masalah gejala sosial.

Monday, August 23, 2010

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010



Perasmian Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKDBR. Majlis telah diadakan pada 17 Ogos 2010 bertempat di Dewan SKDBR. Semua guru dan kakitangan sekolah serta semua murid telah mengambil bahagian dalam majlis yang diadakan. Kami warga SKDBR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53. Merdeka!!!

Monday, August 16, 2010

SUKAN SEKOLAH 2010



Add Image
Sukan sekolah disertai oleh murid-murid daripada rumah sukan Hijau, Kuning, Biru dan Merah. Keputusan keseluruhan, rumah Merah adalah Juara bagi Sukan Tahunan SKDBR bagi tahun 2010. Olahragawan sekolah disandang oleh adik Mohd Hidir bin Nek Nazaruddin dari tahun 5 manakala olahragawati pula disandang oleh adik Puteri Nur Arisha bt. Maidin dari tahun 6.

Wednesday, August 4, 2010

SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ 2010


Sambutan Isra' & Mikraj ini telah diadakan pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H, bertempat di Dewan SKDBR. Ceramah yang diadakan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizi bin Muhammad Ali dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Program ini adalah salah satu daripada perancangan panitia dalam usaha untuk menarik minat dan perhatian murid dan guru dalam menghayati sirah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W meneruskan dakwah islamiah.