RENUNGKAN

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Monday, December 6, 2010

Tuesday, November 16, 2010

HARI ANUGERAH CEMERLANG


Majlis telah diadakan pada 15 November 2010 pada jam 2.30 petang. Majlis telah dirasmikan oleh Naib Yang DiPertua PIBG sekolah iaitu Dr. Andrew Solamadan. Majlis ini dihadiri oleh ibubapa murid, guru dan murid sekolah. Majlis berakhir pada jam 5 petang. Terima kasih kepada NYDP PIBG atas kesudian merasmikan Hari Anugerah Cemerlang ini.

Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH!!!! KEPUTUSAN UPSR 2010

Pelajar yang mendapat keputusan 5A
14 murid mendapat keputusan 5A

Pelajar yang mendapat keputusan 5A dan 4A 1B
9 murid mendapat keputusan 4A 1B

Bergambar bersama pentadbir sekolah
Suasana ketika keputusan diumumkan

Tuesday, November 2, 2010

KEJOHANAN FUTSAL PIALA PENGARAH PELAJARAN NEGERI 2010



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2010






Bertempat di sekolah. Peserta seramai 108 orang murid. Semua guru terlibat dalam perkhemahan ini. Terima kasih diucapkan kepada Pasukan Pengakap Seremban Timur atas bantuan sepanjang perkhemahan dan aktiviti yang telah diadakan. Johan keseluruhan perkhemahan tahun ini disandang oleh Pasukan Puteri Islam.




SUKAN TAHUNAN SKDBR 2010

Tuesday, October 5, 2010

CERAMAH KERJAYA TAHUN 6


Ceramah kerjaya telah diadakan pada 30/09/2010. Ceramah ini diadakan khas buat pelajar-pelajar tahun 6 yang baru sahaja menduduki peperiksaan UPSR. Majlis bermula jam 8.00 pagi hingga 10.15 pagi bertempat di dewan SKDBR. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah yang didatangkan khas dari Rejimen Askar Melayu DiRaja iaitu Mejar Muhammad Fauzi bin Abu Bakar.





Sunday, August 29, 2010

MAJLIS BERBUKA PUASA & BACAAN YASSIN TAHUN 6


Majlis berbuka puasa dan bacaan Yassin telah diadakan pada hari jumaat, 27 Ogos 2010. Majlis ini dihadiri oleh guru-guru dan kakitangan sekolah, ibubapa dan murid-murid dari tahun 6. Disamping itu, majlis bacaan Yassin dan solat hajat diadakan sempena murid-murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Solat sunat terawih turut diadakan dan diimamkan oleh Ustaz Apandi bin Mohd Nor, guru j-Qaf Bahasa Arab dan mantan Imam Masjid Desaru, Sikamat, N.Sembilan. Ustaz Apandi juga turut menyampaikan tazkirah kepada hadirin yang ada sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

CERAMAH KESIHATAN & DENGGI




Ceramah kesihatan dan denggi telah diadakan pada 26 Ogos 2010. Ceramah diadakan selama 2 jam disampaikan oleh Tuan Haji Muslal bin Rakiman merupakan seorang pegawai kesihatan dari Pejabat Kesihatan daerah Seremban. Ceramah ini bertujuan memupuk pelajar agar sentiasa menjaga kesihatan diri dan kebersihan sekeliling dalam usaha untuk membanteras penyakit denggi. Pelajar ditekankan mengenai tanda dan gejala denggi, rawatan denggi, pencegahan denggi, mengenal pasti demam denggi dan bagaimana demam denggi berjangkit.

CERAMAH GEJALA SOSIAL


Ceramah gejala sosial telah diadakan pada 16 Ogos 2010 bertempat di dewan SKDBR. Disampaikan oleh Pn. Elizabeth Chong yang merupakan jurulatih seksualiti kebangsaan. Peserta ceramah terdiri daripada pelajar-pelajar tahun 3, 4, 5 dan 6. Sepanjang ceramah ini, pelajar ditekankan berkaitan maksud gejala sosial, jenis-jenis gejala sosial, faktor berlakunya gejala sosial dan cara mengatasi masalah gejala sosial.

Monday, August 23, 2010

SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2010



Perasmian Bulan Kemerdekaan telah dirasmikan oleh Guru Besar SKDBR. Majlis telah diadakan pada 17 Ogos 2010 bertempat di Dewan SKDBR. Semua guru dan kakitangan sekolah serta semua murid telah mengambil bahagian dalam majlis yang diadakan. Kami warga SKDBR mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke - 53. Merdeka!!!

Monday, August 16, 2010

SUKAN SEKOLAH 2010



Add Image
Sukan sekolah disertai oleh murid-murid daripada rumah sukan Hijau, Kuning, Biru dan Merah. Keputusan keseluruhan, rumah Merah adalah Juara bagi Sukan Tahunan SKDBR bagi tahun 2010. Olahragawan sekolah disandang oleh adik Mohd Hidir bin Nek Nazaruddin dari tahun 5 manakala olahragawati pula disandang oleh adik Puteri Nur Arisha bt. Maidin dari tahun 6.

Wednesday, August 4, 2010

SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ 2010


Sambutan Isra' & Mikraj ini telah diadakan pada 14 Julai 2010 bersamaan 2 Syaaban 1431H, bertempat di Dewan SKDBR. Ceramah yang diadakan telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Hafizi bin Muhammad Ali dari Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Program ini adalah salah satu daripada perancangan panitia dalam usaha untuk menarik minat dan perhatian murid dan guru dalam menghayati sirah perjalanan Nabi Muhammad S.A.W meneruskan dakwah islamiah.

















Tuesday, July 6, 2010

Perhimpunan Hari Guru Peringkat N.Sembilan

Perhimpunan sempena sambutan Hari Guru 2010 dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan. Seramai 15,000 hadirin yang menghadiri perhimpunan yang diadakan di Padang MPS, N.Sembilan. Acara bermula 8.45 malam turut hadir Menteri Besar N.Sembilan.

Friday, May 21, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

Majlis ceramah disampaikan oleh ustaz jemputan dan
dihadiri semua guru serta murid-murid yang beragama Islam.

Tuesday, May 4, 2010

SAMBUTAN HARI GURU 2010



Perhimpunan rasmi, ucapan sempena hari guru, bacaan ikrar dan nyanyian lagu.



Guru-guru bersiap untuk aktiviti pertandingan yang akan dijalankan seperti pertandingan bola tampar dan sukaneka.


Pertandingan bola tampar terdiri daripada guru dan kakitangan sekolah.


Majlis penyampaian hadiah dan persembahan daripada murid-murid.


























Saturday, January 23, 2010

MATLAMAT SEKOLAH

1. Memastikan organisasi mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
2.Memastikan semua murid yang tamat Tahun 6 dari sekolah ini menguasai

semua kemahiran sekolah rendah.
3. Memastikan ada kesinambungan pembelajaran dalam bilik darjah dengan

berkesan.
4. Memastikan potensi setiap murid dapat dikembangkan dan digilap untuk

mencapai kecemerlangan sekolah.
5. Memastikan setiap murid mampu mengurus diri, mengurus masa dan

mengurus kerja dengan baik.
6. Memastikan semua kemudahan fizikal, alat-alat dan bahan, kewangan dan

perkhidmatan dapat diuruskan dengan berkesan.

MAKMAL IT SKDBR


MAKLUMAT AM MAKMAL IT (FASA II)

Makmal ICT Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah dimulakan pembinaannya apabila lawatan tapak kali pertama dijalankan pada 24 November 2001. Bermula dari situ maka wujudlah Makmal ICT Fasa II ini.
Proses pembinaannya mengambil masa selama kira-kira sembilan bulan. Pada 6 September 2002, bangunan tersebut siap dibina sepenuhnya dan kemudiannya telah diserahkan kepada pihak sekolah. Penyerahan dan penerimaan peralatan komputer dan perisiannya pula telah pun dilakukan pada 24 April 2003.
Makmal ICT ini terletak di pinggir padang sekolah dan didirikan di atas tapak seluas 60’ x 50’ persegi.
Terdapat 20 buah komputer untuk kegunaan murid dan guru, serta sebuah pelayan lengkap dengan perisiannya. Selain itu, Makmal ICT juga dilengkapi dengan pencetak laser berwarna, pengimbas berwarna, multimedia LCD projector, skrin, penunjuk laser, kamera digital dan aksesori, suis hub, rak perkakas serta satu set penggera keselamatan.
Perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini telah dijalankan. Pengisiannya dibuat oleh guru-guru Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah yang terlibat dalam mengajar subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Adalah dijangka, setiap kelas akan mengikuti kelas ICT selama satu jam atau dua waktu mata pelajaran pada setiap minggu.
Semoga dengan wujudnya makmal ini akan lahirlah individu yang cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan berhemah tinggi serta celik ICT.
Majlis perasmian bangunan tambahan ( Blok F ) dan Makmal ICT Fasa II, Sekolah Kebangsaan Dato’ Bandar Rasah ini telah disempurnakan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Tan Sri Hj. Mohd Isa bin Dato’ Hj. Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus pada hari Sabtu 31 Mei 2003.

BILANGAN GURU DAN STAFF


Tahun ini (2010) ada kemasukan 2 guru baru.

PENTADBIRAN SKDBR